Nota-nota


Kata Hubung
1.  Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2.  Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a)    kata hubung gabungan,
(b)    kata hubung pancangan,
(c)    kata hubung berpasangan.
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya
adalah seperti  yang berikut:
                                                                                                                     
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
  Contoh
Ayat Contoh
agar
 Ibu berharap agar anaknya dapat menghubungi bapanya segera.
apabila
 Muka Amin pucat apabila disoal oleh polis itu.  
atau
 Mahmud boleh menaiki kereta atau feri untuk ke Pulau Pinang.
bahawa
 Kami baru mengetahui bahawa jiran saya telah meninggal dunia.
dan
 Siti dan Fatimah ialah adik-beradik.
hingga
 Abang dan kawannya berbual-bual hingga larut malam.
Jika
 Jika saya ada duit yang mencukupi saya akan membeli kereta.
Jikalau
 Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
 Semua murid hadir kecuali Gim.
kerana 
 Aminah menangis kerana terlalu sedih.
lalu      
 Burung merpati itu terbang lalu hinggap di dahan pokok.
manakala
 Baju Minah bersih manakala baju kakaknya kotor.
sambil  
 Bapanya membaca suratkhabar sambil minum kopi. 
serta
 Beliau bersifat baik hati serta dengan jujurnya.
semenjak
 Afandi berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
 Mei Li membaca buku sementara menunggu bas sekolah datang.
sungguhpun
 Sungguhpun buta, Wahab mampu berdikari.
supaya
 Berhati-hati semasa di jalan raya supaya selamat.
walaupun
 Walaupun letih, dia dapat menghabiskan kerja itU.
tetapi
 Badan Ahmad besar tetapi penakut.


Kata Hubung Berpasangan          
Contoh
Ayat Contoh
Baik---- mahupun
Baik lelaki mahupun  perempuan sedang  bergotong-royong
untuk membersihkan  kawasan  itu.
Baik ---- baik
Baik Daud baik adiknya sama-sama bijak.
bukan  sahaja--- malah
Gim bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah      entah
Jangan  lekas percaya akan  janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan ----- pun
Jangankan  sepuluh  ringgit,  seringgit pun dia tidak ada.
Kian ----- kian
Kian lama  kian  banyak  orang  yang  pergi  ke  sana.
Sama ada ---- atau  pun
Guru Besar meminta sama ada bapa atau  pun  ibu  murid
hadir ke sekolah.
Sedangkan---.inikan pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya  inikan  pula
Bukit Larut.
semakin------semakin
Encik Chan   semakin tua semakin tamak.
Sungguhpun-----tetapi
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
Walaupun-----namun
Walaupun  cacat namun Roni rajin berusaha.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk akar
Dan
lalu
hingga  
ketika
Dengan
yang
tetapi
jika
Kerana
serta
kalau
kemudian
demikian
walhal
walau
agar
atau
demi
supaya

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
  semasa
sementara
seharusnya
andaikata
semoga
seketika
sebaliknya
sedangkan
setelah
sesungguhnya
walaupun
itupun
sewaktu
seandainya
meskipun
sekali[un
mudah-mudahan
moga-moga
jikalau
bagaimanapun
padahal


Contoh  ayat :
1. menggabungkan dua ayat
Ridzuan dan Hamidi pergi ke Kuala Lumpur.

2. Menggabungkan dua rangkai kata
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal laut atau kapal terbang.

3. Menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan minyak yang berkualiti tinggi tetapi kehidupan rakyatnya
masih menderita.



2 条评论: