2012年12月29日星期六

                                          Rakaman video penutup aktiviti pengajaran dan
                                          pembelajaran Kata Hubung. Nyanyian Lagu Pesan
                                          Ibu dengan iringan  Anak Itik Tok Wi.    
                                         Aktiviti 4b : Kata Hubung BM Tahun 1 KSSR 
                                         Aktiviti 4a : Kata Hubung BM Tahun 1 KSSR 

2012年12月28日星期五

                                          Murid-murid 1S sangat gembira kerana mendapat
                                          johan dalam Pertandingan Kebersihan.


                                          Kedua-dua murid ini mengurut jari guru kelas mereka.
                                          Murid-murid 6S berdoa supaya mendapat keputusan
                                          yang cemerlang dalam UPSR 2012.  
                                               Selepas belajar bermain dengan rakan-rakan.
                                          Murid-murid sedang menumpu perhatian belajar
                                          kata hubung.
                                           Selepas belajar menangkap gambar bersama-sama.

2012年12月26日星期三

                                            Aktiviti 3b : Kata Hubung BM Tahun 1 KSSR
                                             Aktiviti 3a: Kata Hubung BM Tahun 1 KSSR

2012年12月25日星期二

                                                Makropengajaran Tahun 4   Kata Hubung

2012年12月24日星期一



Back to top Go downLatihan Kata Hubung ( 3 )
  Pilih jawapan yang betul.
 1.  Negara kita semakin maju ___________ merdeka.
     A. sejak
     B. serta
     C. walaupun
     D. sementara

2.  Ahmad suka membaca buku cerita ___________ menunggu bas sekolah tiba.
     A. supaya
     B. selepas
     C. semenjak
     D. sementara

3.  Pertandingan bola sepak itu akan tetap diteruskan __________ hujan turun
     lebat.  
    A. seraya
    B. kecuali
    C. tetapi
    D. serta

4.  Suriati makan ___________ membaca buku cerita.
    A. sambil
    B. serta
    C. dan
    D. lalu

5. "Kunci semua pintu dan tingkap ___________ kamu keluar rumah," pesan emak.
    A. supaya
    B. selepas
    C. sebelum
    D. sehingga

6. Kita harus berlatih pada setiap petang ___________ pada hari cuti.
    A. lalu
    B. ketika
    C. kecuali
    D. semenjak

7. Siti tidak tahu sama ada hendak memakai baju kurung ___________ baju kebaya
    untuk menghadiri majlis itu.
    A. dan
    B. lalu
    C. atau
    D. serta







2012年12月23日星期日



Latihan Kata Hubung ( 1 )

Betulkan kata hubung yang bergaris.

1. Guru disiplin berang lalu ramai murid yang ponteng kelas tambahan. (                     )

2. Semua adik-beradik Ali bekerja sendiri tetapi Abu. (                     )

3. Sejak hidup miskin, Suny tidak pernah mengharapkan bantuan daripada orang lain.
(                  )

4. "Saya, Malim, atau Muthu  pernah mengikuti kursus di Johor," kata Saifu. (                )

5. Rakan-rakannya sibuk membersihkan kelas sambil Ahmad duduk sahaja. (                 )

 6. Peserta sebelum pernah memenangi pertandingan peringkat daerah, tidak dibenarkan     
     mengambil bahagian.(                  )


Latihan Kata Hubung ( 2 )

Tulis kata hubung yang terdapat dalam ayat di bawah.

1. Semenjak kematian ibu bapanya, Fatimah lebih suka menyendiri. (               )

2. "Bapa berjanji akan menghadiahkan sebuah komputer jika saya lulus dengan
    cemerlang dalam UPSR,”  kata Mahmud. (               )

3. Lily menyatakan bahawa adiknya sakit. (                 )

4. Kathy dan Susi tiba di sekolah ketika hujan sedang turun. (                )

5. Abang makan semua jenis ikan kecuali ikan tilapia. (                )

6. Kami sekeluarga pulang ke rumah apabila hari hampir malam. (                 )

7. Jangan datang jikalau emak kamu tidak mengizinkan. (                 )

8. Dia memang hendak bermain tetapi dia kena menjaga adiknya. (               )









       






                                                             Kata Hubung Relatif


                                              Aktiviti 2: Kata Hubung BM Tahun 1 KSSR

                                       
                                         
                                           
                                                 Set Induksi Kata Hubung KSSR Tahun 1 

2012年12月5日星期三

Winnie The Pooh


Pinocchio


Snow White



Fairy Tales - Cinderella



Sang Kancil yang cerdik



2012年12月4日星期二

LATIHAN KATA HUBUNG

LATIHAN  : KATA HUBUNG
1. Bayi itu menangis (apabila, agar, serta) berasa takut.
2. Emak memulas kain itu (kerana, sementara, hingga) kering.
3. Kerja kamu mestilah siap ( setelah, sebelum, selepas ) pukul 5:00 petang.
4. Cikgu Ahmad menasihati Raju (melainkan, sehingga, supaya) rajin belajar.
5. Abang saya belajar bersungguh-sungguh (ketika, setelah, sehingga) berjaya.
6. (Walaupun, Sementara, Setelah) menunggu padi masak, petani itu menanam sayur-
     sayuran.
7. Mereka sedang berbual-bual (tentang, kecuali, serta) kemalangan jalan raya yang
     berlaku pagi tadi.
8. Amran mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan (kerana, ketika, tetapi)
     dia tidak puas hati juga.
9. Semua penduduk kampung sibuk bekerja (sementara, manakala, meskipun)
     dia berpeluk tubuh sahaja.
10. (Selepas, Semenjak, Manakala) Menteri Pendidikan selesai berucap, beliau akan
     menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.